Skip to main content
Elaun dan Kemudahan bagi Pelatih Kor Sukarelawan Simpanan Polis Siswa/Siswi (Kor SUKSIS)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Pelatih Kor SUKSIS
  1. Mahasiswa Universiti Tahun Pertama Pengajian Ijazah
  2. Warganegara Malaysia
  3. Tinggi tidak kurang daripada 1.63m bagi lelaki dan 1.60m bagi wanita
  4. Berat badan sekurang-kurangnya 47.6kg bagi lelaki dan 46.2kg bagi wanita
  5. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81 cm dan 86cm semasa menarik nafas. Calon-calon wanita dikecualikan dari syarat ini
  6. Mempunyai daya penglihatan V/6/9 bagi kedua-dua belah mata yang diperiksa berasingan tanpa cermin mata dan pengamatan warna serta tidak cacat pendengaran
  7. Tidak berkacamata (berkacamata boleh dipertimbangkan)
  1. Kemudahan pakaian seragam PDRM
  2. Elaun Latihan dan Tugasan - RM8.00 x 1jam
  3. Elaun Tahunan (Bounty): Saguhati penuh - RM 520.00 (Latihan melebehi 380jam)
  4. Elaun Tahunan (Bounty): Saguhati tiga suku - RM 390.00 (Latihan 240jam – 379jam)
  5. Elaun Tahunan (Bounty): Saguhati separuh - RM 260.00 (Latihan 120jam – 239jam)
  6. Penginapan di Kolej
  7. Pelantikan sebagai Inspektor Sukarelawan Simpanan Polis semasa pentauliahan
  8. Peluang kerjaya dalam PDRM
  1. Kementerian Dalam Negeri (KDN)
  2. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Keterangan

Kor Sukarelawan Simpanan Polis Siswa/Siswi (Kor SUKSIS) merupakan salah satu aktiviti kokurikulum badan beruniform bagi memenuhi syarat untuk menamatkan pengajian di Universiti Awam Malaysia.
Kor SUKSIS mampu memberi pendedahan kepada mahasiswa / mahasiswi tentang tugas-tugas dan peranan polis dalam menjaga keselamatan negara serta melahirkan modal insan berkualiti yang bakal mewarisi pucuk pimpinan dimasa akan datang.
Penubuhan Kor SUKSIS adalah tertakluk kepada undang-undang tubuh sukarelawan polis yang terkandung dalam Akta Polis 1967 (Akta 344) Berkaitan Kuasa-kuasa Penubuhan Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (Bahagian VIII).

Objektif

Menjaga kebajikan pelatih Kor SUKSIS dan menggalakkan lebih ramai mahasiswa untuk turut serta dalam penglibatan SUKSIS di universiti.

Kembali