Keterangan
Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) ialah tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti. PAWE merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial (reaching out) dan pembangunan (developmental) kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan agensi kerajaan yang lain serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).