Skip to main content
Projek Khas Murid Sekolah Berasrama Penuh (PKSBP)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Pelajar Sekolah Menengah
  3. Miskin Tegar
  1. Murid warganegara Malaysia Tingkatan 1 hingga 5 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  2. Pendapatan ibu bapa /penjaga utama/ penjaga kedua atau pendapatan per kapita berada dalam kategori miskin tegar berdasarkan kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional Semasa

RM700 seorang murid sekali setahun

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Keterangan

Bantuan kewangan yang diberikan kepada pelajar daripada kategori miskin tegar yang bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi membiayai keperluan kewangan meliputi yuran persekolahan, yuran peperiksaan, yuran asrama dan menyediakan keperluan asas sepanjang mereka bersekolah

Objektif
  1. Meringankan beban ibu bapa dalam menanggung kos penyediaan keperluan asas murid sepanjang murid bersekolah di SBP
  2. Membantu murid daripada keluarga miskin tegar membiayai keperluan kewangan seperti membayar yuran persekolahan, yuran peperiksaan, yuran asrama, dan membeli keperluan asas bagi memastikan murid-murid yang kurang berkemampuan dari segi kewangan tidak terpinggir daripada pendidikan
Kembali