Pembayaran Elaun Anggota Sukarela Pertahanan Awam (ASPA) adalah pembayaran upah mengikut kadar yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Kepada ASPA yang terlibat dengan tugasan Operasi, pentadbiran atau kejurulatihan di pejabat-pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di peringkat Ibu Pejabat, Negeri, Daerah dan juga Pusat Latihan Pertahanan Awam.
Pendapatan
      Elaun Anggota Sukarela Pertahanan Awam (ASPA)
    Sukarelawan Anggota Pertahanan Awam (APM)
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
 - Mengikuti latihan asas dan didaftarkan sebagai anggota sukarela APM bagi tempoh setahun
 
- Kadar bayaran elaun ASPA bagi tugasan operasi/ latihan adalah seperti berikut :- Pegawai : RM9.80/ jam; Lain-lain Pangkat : RM8.00/ jam
 - Kadar bayaran elaun ASPA bagi kursus adalah seperti berikut :- Pegawai : RM9.80/ jam x 5 jam = RM49.00; Lain-lain Pangkat : RM8.00/ jam x 5 jam = RM40.00
 
Permohonan pendaftaran anggota sukarela pertahanan awam (ASPA), sila layari http://aspa.civildefence.gov.my
- Jabatan Perdana Menteri (JPM)
 - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
 
Keterangan
      Objektif
      Objektif utama pembayaran elaun ASPA adalah untuk menggalakkan masyarakat awam terlibat bersama dalam membantu APM menangani isu-isu keselamatan seperti bencana, kebakaran, kemalangan dan lain-lain kes kecemasan. Pembayaran ini juga dapat membantu anggota masyarakat dengan meringankan kos sara hidup dalam situasi yang mencabar disamping dapat menyumbang kepada rakyat yang dilanda musibah.
Kembali