Skip to main content
Program Agropreneur Muda
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 Hingga 45 Tahun
  1. Warganegara Malaysia
  2. Individu warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 43 tahun yang layak dipertimbangkan untuk bantuan Geran Agropreneur Muda Start-Up
  3. Individu warganegara Malaysia yang berumur antara 21 hingga 45 tahun layak dipertimbangkan untuk bantuan Geran Agropreneur Muda Scale-Up
  1. Geran Agropreneur Muda Start-up: Nilai maksimum start-up sehingga RM30,000.00 per individu bagi projek huluan pertanian (Tanaman/ Ternakan/ Perikanan) dan RM20,000.00 bagi projek Industri Makanan dan Asas Tani
  2. Geran Agropreneur Muda Scale-up: Geran ini diberi dalam bentuk barangan dengan nilai maksimum sehingga RM50,000.00 per individu bagi membiayai perolehan agroteknologi, mekanisasi dan automasi terkini
  3. Bantuan Peluang Kedua: Bantuan Peluang Kedua bertujuan Membantu penerima Geran Agropreneur Muda Start-up untuk meneruskan projek yang terhenti akibat dilanda bencana. Had maksimum Bantuan Peluang Kedua disediakan sehingga RM20,000

Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM)

Keterangan

Program ini bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di sepanjang rantaian nilai sektor pertanian seperti pengeluaran tanaman, ternakan dan perikanan serta industri makanan dan asas tani

Objektif
  1. Menarik golongan muda berumur di antara 18 hingga 45 tahun untuk menceburi bidang pertanian
  2. Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju
  3. Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti produk dan penggunaan teknologi dan inovasi serta penyediaan pasaran yang kompetitif
  4. Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan yang mampan
  5. Menyokong pembangunan graduan lepasan kolej pertanian.
Tatacara Permohonan

Permohonan secara atas talian melalui https://www.kpkm.gov.my/bm/geran-dan-insentif/program-agropreneur-muda

Kembali