Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bayaran tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data lulus STR 2025 melibatkan kumpulan Miskin dan Miskin Tegar (eKasih) dan turut diperluas kepada semua penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan. Di bawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih, ubat-ubatan, kebersihan diri dan peralatan persekolahan dengan menggunakan MyKad di pasaraya/kedai-kedai runcit berdaftar
Pendapatan
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
- Penerima STR Kategori Isi Rumah, Bujang Dan Warga Emas Tiada Pasangan Berstatus Miskin Dan Miskin Tegar (eKasih) - Bermula Januari 2025
- Penerima STR 2025 Kategori Isi Rumah Dan Warga Emas Tiada Pasangan - Bermula April 2025
- Warganegara Malaysia
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang (eKasih sahaja) dan Warga Emas Tiada Pasangan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024
- Isi rumah (Berkahwin atau Ibu Bapa Tunggal mempunyai anak) dan warga emas tiada pasangan dalam rekod eKasih sebagai miskin dan miskin tegar - RM1,650/RM2,100 (RM100 sebulan untuk Januari-Mac 2025 dan RM150/RM200 sebulan untuk April-Disember 2025)
- Bujang dalam rekod eKasih sebagai miskin dan miskin tegar - RM600 (RM50 sebulan mulai Januari 2025)
- Isi rumah (Berkahwin atau Ibu Bapa Tunggal mempunyai anak) selain dalam rekod eKasih - RM900 (RM100 sebulan mulai April 2025)
- Warga emas tiada pasangan selain dalam rekod eKasih - RM450 (RM50 sebulan mulai April 2025)
Untuk makluman lanjut, sila layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/# dan https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/
- Kementerian Kewangan (MOF)
- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
- Yayasan MyKasih
Keterangan
Objektif
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Program sumbangan ini adalah untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI
Tatacara Permohonan
Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data STR 2025 termasuk penerima STR 2025 dalam rekod eKasih sebagai Miskin Tegar dan Miskin
Kembali