Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus telah mengumumkan Inisiatif Bantuan kepada Ibu Tunggal (C4U IBU TUNGGAL) semasa pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2019 dengan menetapkan pemberian khas one-off sebanyak RM200.00 kepada setiap ibu tunggal yang berdaftar dengan eKasih
Pendapatan
Negeri Sembilan: Bantuan Care For You (C4U) Ibu Tunggal Negeri Sembilan
- Ibu Tunggal Berstatus Miskin
- Miskin Tegar
- Wanita yang bertaraf perkahwinan balu atau bercerai/berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin di dalam isi rumah yang sama; atau
- Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah tetapi mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin di dalam isi rumah yang sama; atau
- Wanita ibu tunggal yang tiada anak & bertaraf perkahwinan balu atau bercerai/ berpisah tetap
RM200 secara one-off
Tidak Berkenaan
Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)
Keterangan
Objektif
Membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu tunggal dan membantu keperluan sara hidup ibu tunggal.
Tatacara Permohonan
Penerima yang layak dipilih daripada data eKasih. Ibu tunggal yang layak dan belum tersenarai di dalam pangkalan data eKasih, boleh mengemukakan permohonan sebagai peserta eKasih terlebih dahulu melalui Pejabat Daerah sebelum dipertimbangkan dalam Focus Group Daerah untuk C4U IBU TUNGGAL
Kembali