Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) adalah satu inisiatif Kerajaaan dalam pembangunan komuniti untuk rehabilitasi, penyamaan peluang dan integrasi sosial bagi Orang Kurang Upaya (OKU). PDK juga merupakan satu pendekatan pembangunan ke arah sokongan dan kesedaran masyarakat dalam membantu OKU untuk mengecapi taraf hidup yang lebih selesa. Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau Community-Based Rehabilitation (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini. Pada tahun 1984, JKM telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu yang melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU). Program PDK ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan berkembang dengan pesatnya ke seluruh negara.
Umum
      Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
    OKU Yang Berdaftar Di Pertubuhan Yang Menjalankan Program PDK
- Warganegara Malaysia
 - Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
 - Semua kategori OKU
 
- Elaun Khas OKU; atau
 - Elaun Pekerja Cacat (EPC)
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://pdk.jkm.gov.my/ms_MY/community-based-rehabilitation-program-cbr/#1501837518258-1402addb-f220
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
 - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
 - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
 
Keterangan
      Objektif
      - Membolehkan OKU mencapai dan mengekalkan keupayaan fizikal dan mental ke tahap yang maksimum.
 - Membolehkan OKU mendapat akses kepada perkhidmatan dan peluang.
 - Menggalakkan penyertaan penuh dan integrasi sosial OKU dalam komuniti.
 - Menggalakkan penggunaan kaedah dan teknik pemulihan yang berkesan dan bersesuaian dengan masyarakat setempat.
 - Mengurangkan penempatan jangka panjang di institusi pemulihan.
 - Menggalakkan sikap prihatin dan rasa tanggungjawab masyarakat dalam melaksanakan program pemulihan OKU.
 
Tatacara Permohonan
        - Permohonan kemasukan boleh dibuat terus ke PDK yang berhampiran di dalam komuniti dengan mengisi Borang Pendaftaran Pelatih PDK.
 - Sekiranya tiada maklumat berkaitan PDK yang berhampiran, boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
 - Permohonan kemasukan boleh juga dibuat di PDK lain yang berhampiran.
 - Semakan lokasi PDK berhampiran boleh dibuat melalui butang "Semak lokasi".
 
Kembali