Penyediaan makanan ini merupakan salah satu inisiatif JAKOA bagi menarik minat murid Orang Asli di pedalaman untuk hadir ke sekolah setiap hari
Murid Orang Asli Sekolah Rendah
Diberikan kepada sekolah rendah di pedalaman mengikut senarai sekolah yang terlibat dirujuk berdasarkan kepada Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2 Tahun 2014
Kadar sebanyak RM2.50 sehari dan penyediaan satu (1) kali makan tidak terhad kepada makan tengah hari sahaja
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.jakoa.gov.my/
- Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
 - Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW)
 
Penyediaan makanan ini adalah melibatkan penyediaan satu (1) kali makan dan tidak terhad kepada makan tengah hari sahaja. Pemberian makanan kepada murid mengikut keperluan murid samada waktu sarapan sebelum kelas bermula atau waktu rehat atau makan tengah hari sebelum murid pulang ke rumah.
Kadar pemberian catuan makan adalah RM2.50 sehari kepada sekolah di pedalaman mengikut senarai sekolah yang terlibat dirujuk berdasarkan kepada Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2 Tahun 2014. Pelaksanaan di dua buah negeri iaitu negeri Perak dan Pahang sahaja.