Skip to main content
Selangor: Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU)
  1. Pelajar Universiti Selangor (UNISEL)
  2. Universiti Islam Selangor (UIS)
  1. Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia
  2. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor
  3. Pemohon, ibu dan bapa atau penjaga telah dan sedang bermastautin lebih daripada sepuluh (10) tahun di Negeri Selangor dengan surat pengesahan daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar UNISEL atau UIS
  4. Pemohon bersekolah lebih 10 tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan Sijil Berhenti Sekolah yang sah
  5. Pemohon adalah pengundi berdaftar bagi mana-mana DUN di Selangor
  6. Pemohon telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa Program Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di UNISEL atau UIS dengan surat pengesahan daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar UNISEL atau UIS
  7. Pemohon sedang mengikuti pengajian di UNISEL dan UIS bagi semester biasa dan bukan dalam lanjutan tempoh pengajian
  8. Jumlah maksimum tajaan bagi setiap pelajar adalah sebanyak RM500.00 sahaja bagi setiap semester akademik dan maksimum dua (2) semester setiap tahun
  9. Penajaan yuran asas merangkumi Yuran Perpustakaan, Yuran Makmal, Yuran Teknologi Maklumat, Yuran Kesihatan dan Yuran Aktiviti Pelajar
  10. Salinan lampiran dokumen sokongan yang lengkap hendaklah dilampirkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar UNISEL atau UIS
  11. Senarai dokumen wajib yang diperlukan:  Kad pengenalan pemohon, ibu bapa / penjaga;  Sijil kematian / cerai (jika berkaitan);  Borang pengesahan Pengajian yang disahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar UNISEL atau UIS; dan  Borang Permohonan Bantuan Asas Yuran Universiti yang telah lengkap dicetak dari pautan; dan  Apa-apa dokumen tambahan yang diperlukan oleh institusi.

RM500.00

Tidak Berkenaan

  1. Universiti Selangor (UNISEL)
  2. Universiti Islam Selangor (UIS)
Keterangan

Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU) merupakan satu bentuk bantuan yuran asas sebanyak RM500 yang diberikan kepada setiap pemohon bagi tempoh satu (1) tahun. Bantuan ini diperuntukkan khas kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi milik Kerajaan Negeri Selangor iaitu UNISEL dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) yang kini dikenali sebagai Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS). Yuran asas tersebut merangkumi Yuran Perpustakaan, Yuran Makmal, Yuran Teknologi Maklumat, Yuran Kesihatan dan Yuran Aktiviti Pelajar. 

Objektif

Membantu anak Negeri Selangor yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Kerajaan Negeri Selangor iaitu UNISEL dan UIS dari aspek kebajikan serta membantu mengurangkan bebanan kewangan bagi keluarga yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40). 

Tatacara Permohonan

Borang Permohonan boleh didapati di UNISEL dan UIS

Kembali