Skip to main content
Anjung Sinar

Anak-anak Lepasan Institusi JKM Yang Tidak Mempunyai Keluarga Atau Daripada Keluarga Miskin Dan Disisihkan

  1. Telah Tamat Perintah di Institusi Kanak-Kanak JKM
  2. Mencapai Umur 18 Tahun
  3. Tidak Melebihi Umur 21 Tahun
  4. Tidak Mempunyai Keluarga (sebatang kara)
  5. Keluarga Kurang Berkemampuan dan Tidak Mempunyai Tempat Tinggal Dalam Tempoh Tertentu Sehingga Mereka Boleh Berdikari
  1. Menyediakan sokongan sosial dalam bentuk penyediaan tempat tinggal mengikut tempoh ditetapkan sehingga penghuni boleh berdikari.
  2. Menyelaras sokongan akses dan peluang pendidikan dalam bidang akademik atau kemahiran ke peringkat lebih tinggi.
  3. Menyediakan laluan kerjaya dalam sektor yang bersesuaian.
  4. Meringankan kos sara hidup yang ditanggung sebelum peserta berupaya berdikari.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://yknm.org.my/

  1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
  2. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  3. Yayasan Kebajikan Negara (YKN)
Keterangan

Anjung Sinar menyediakan sokongan sosial meliputi penyediaan tempat tinggal khusus kepada anak-anak lepasan institusi JKM yang tidak mempunyai keluarga atau daripada keluarga miskin dan disisihkan. Anak-anak ini akan dibantu dan diperkasakan ke arah kehidupan yang sejahtera melalui penyediaan keperluan bagi kelangsungan hidup, memudahcarakan peluang melanjutkan pendidikan, meningkatkan kemahiran serta akses kepada peluang pekerjaan.

Objektif
  1. menyediakan sokongan sosial dalam bentuk penyediaan tempat tinggal mengikut tempoh ditetapkan sehingga penghuni boleh berdikari;
  2. meringankan kos sara hidup yang ditanggung sebelum penghuni berupaya berdikari
  3. menyelaras sokongan akses dan peluang pendidikan dalam bidang akademik atau kemahiran ke peringkat lebih tinggi;
  4. memudahcara peluang ke arah peningkatan potensi diri dan bakat;
  5. memberi sokongan penempatan dan pengekalan dalam pekerjaaan; dan
  6. menyelaras program sokongan sosial yang bersesuaian dari segi keperluan sokongan psikososial, perlindungan sosial dan pengintergrasian semula (reintergration) ke dalam komuniti.
Kembali