Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) adalah program di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Minyak masak termasuk dalam antara barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Jadual 1 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974
Makanan
Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS)
Warganegara Malaysia
Kuota subsidi minyak masak diberi dan dibayar kepada kilang/syarikat pembungkus minyak masak berdasarkan syarat yang tertakluk di dalam SOP COSS.
Pengguna dapat membeli minyak masak paket dengan harga RM2.50/kg
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN)
Keterangan
Objektif
- Untuk meminima kesan kenaikan harga minyak sawit mentah ke atas harga minyak masak;
- Untuk menstabilkan harga runcit minyak masak bersubsidi untuk kegunaan isi rumah tempatan; dan
- Untuk memastikan bekalan minyak masak di pasaran tempatan adalah mencukupi
- Mengurangkan kos sara hidup rakyat serta menjamin kesejahteraan rakyat
Tatacara Permohonan
Permohonan menggunakan borang COSS yang boleh didapati melalui urus setia COSS.
Kembali