Skip to main content
Johor: Sasaran Pembinaan Penyediaan Rumah Mampu Milik Johor Sebanyak 30,000 unit Sehingga Tahun 2026
  1. B40
  2. M40
  1. Berkahwin/Duda/Janda/Bujang layak memohon
  2. Warganegara Malaysia, menetap 10 tahun di Negeri Johor & berusia 18 tahun ke atas (Keutamaan kepada mereka yang lahir di Negeri Johor)
  3. Hanya SATU PERMOHONAN bagi pasangan suami/isteri; permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon
  4. Pemohonan dan pasangan TIDAK PERNAH MEMILIKI HARTANAH RUMAH KEDIAMAN Rumah Mampu Milik/Rumah Kos Rendah/Rumah Kos Sederhana Rendah (termasuk hartanah yang pernah dimiliki dan telah dijual)
  5. Pemohon dan pasangan TIDAK MEMILIKI SEBARANG HARTANAH RUMAH KEDIAMAN termasuk Rumah Mampu Milik/Rumah Kos Rendah/Rumah Kos Sederhana/Rumah Mewah
  6. Hanya SATU PEMILIKAN SAHAJA bagi Kedai Kos Sederhana di dalam Negeri Johor tidak melebihi HAD PENDAPATAN SEISI RUMAH (pemohon dan pasangan):
    • Rumah Mampu Milik Johor (Jenis A): RM4,000
    • Rumah Mampu Milik Johor (Jenis B): RM6,000
    • Rumah Mampu Milik Johor (Jenis C): RM8,000
    • Rumah Mampu Milik Johor (Jenis D): RM10,000
    • Kedai Kos Sederhana (KKS): RM13,000
  • RMMJ Jenis A : RM50,000.00
  • RMMJ Jenis B : RM100,000.00
  • RMMJ Jenis C : RM150,000.00
  • RMMJ Jenis D : RM250,000.00 - RM300,000.00

Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor Dan Pemaju Swasta

Keterangan

Inisiatif Penawaran Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) adalah program yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Johor bagi memastikan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40), memiliki rumah sendiri pada harga yang berpatutan. Program ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pemaju swasta, serta agensi berkaitan bagi meningkatkan ketersediaan dan aksesibiliti kepada perumahan berkualiti.

Pelaksanaan inisiatif ini melibatkan beberapa kategori rumah mampu milik dengan harga dan spesifikasi yang bersesuaian dengan keperluan rakyat Johor.

Objektif

Usaha membangunkan perumahan dengan harga berpatutan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana, melibatkan syarat kelayakan tertentu, lokasi strategik, jaminan kualiti, program pembiayaan, dan kerjasama antara kerajaan dan pemaju swasta.

Tatacara Permohonan

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://pkpj.johor.gov.my/panduanPermohonan

Kembali