Skip to main content
Subsidi Yuran Pengasuhan Taska Komuniti

B40

  1. Pendapatan Isi Rumah di bawah RM5,000.00
  2. Ibu bapa yang mempunyai anak berumur 4 tahun ke bawah

Subsidi yuran pengasuhan di TASKA Komuniti sebanyak RM180.00 sebulan

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.jkm.gov.my

  1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM
  2. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Keterangan

Sempena Hari Wanita 2005 iaitu pada 25 Ogos 2005, YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan satu program khas yang dinamakan TASKA Komuniti atau TASKOM. Bagi merealisasikan penubuhan TASKA Komuniti, pada tahun 2006 kerajaan telah meluluskan penubuhan sebanyak 10 buah TASKA Komuniti sebagai projek perintis. TASKA Komuniti pertama telah ditubuhkan pada April 2006, di Kompleks Penyayang BAKTI Sungai Buloh, Selangor. Kerajaan telah meluluskan geran subsidi yuran pengasuhan di TASKA Komuniti sebanyak RM180.00 sebulan kepada kanak-kanak yang ibu bapa/ penjaga berpendapatan RM2,000.00 dan ke bawah sebulan di bandar dan RM1,200.00 dan ke bawah sebulan di luar bandar. Pada tahun 2017, kerajaan telah menaikan kelayakan pendapatan isi rumah kepada RM5,000.00 dan ke bawah sebulan untuk semua kawasan.

Objektif

Program ini berupaya untuk membantu ibu bapa yang mempunyai anak berumur 4 tahun ke bawah dan berpendapatan bawah RM5,000.00 yang tinggal di bandar atau luar bandar memperoleh akses pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti dan bersubsidi.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui Pengusaha TASKOM (Taska Komuniti) yang diiktiraf oleh JKM di seluruh negara

Kembali