Skip to main content
BIASISWA IPT YAYASAN PAHANG (LEPASAN STPM)

Pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

- Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut: 

a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; ATAU 

b) Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Penghulu Mukim. 

c) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.H36 

- Pemohon mestilah memiliki kelulusan STPM tahun semasa dengan memperolehi keputusan 4A ATAU 3A (A/A-). 

- Tergolong dalam keluarga kumpulan B40 dan M40. 

- Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran bagi mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA sahaja dalam negara secara sepenuh masa. 

- Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.H36

Elaun Sara Hidup RM3,000 setahun

Yayasan Pahang

Keterangan

Biasiswa ini diwujudkan bagi memberi peluang akses pendidikan yang sama rata kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang kurang berkemampuan dan sebagai motivasi kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang cemerlang meliputi elaun sara hidup bagi meringankan beban kos pengajian pelajar.

Objektif

Membantu meningkatkan modal insan dalam Negeri Pahang.

Tatacara Permohonan

Permohonan secara atas talian melalui iklan permohonan yang diwar-warkan di laman web Yayasan Pahang.

Kembali