Skip to main content
Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

OKU

  1. Warganegara Malaysia, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
  2. Berumur 16 tahun ke atas dan bukan penuntut di mana-mana institusi pendidikan;
  3. Pemegang kad OKU yang berdaftar dengan JKM;
  4. Pendapatan bulanan minimum RM100.00 sehingga RM1,700.00 (gaji pokok, elaun, kerja lebih masa, pendapatan dari sewa rumah, pencen, zakat, sumbangan dan lain-lain).

RM450 sebulan seorang

Untuk makluman lanjut, sila layari https://www.jkm.gov.my/main/article/bantuan-bulanan# 

  1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
  2. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Keterangan

Insentif ini diberikan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.

Objektif
  1. Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan.
  2. Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan.
  3. Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
  4. Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Kembali