Skip to main content
Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)
  1. Murid Warganegara Malaysia
  2. Murid Tingkatan 1 Hingga 6 Di Sekolah Kerajaan (SK) Dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
  3. Murid Tahun 1 Dan 2 Di Kolej Vokasional (KV)
  4. Murid Yang Menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  1. Murid Warganegara Malaysia
  2. Tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) termasuk murid Tahun 1 dan Tahun 2 Kolej Vokasional (KV) dan murid yang menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  3. Pendapatan ibu dan bapa/ penjaga RM2,589 sebulan dan ke bawah
  4. Cemerlang dalam akademik dan kokurikulum mengikut merit yang ditetapkan
  5. Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun/insentif kewangan lain daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan
  1. Tingkatan 1 – 4 : RM70.00 sebulan x 12 bulan
  2. Tingkatan 5 : RM70.00 sebulan x 11 bulan
  3. Tingkatan 6 Rendah (Aliran Sains) : RM110.00 sebulan x 7 bulan
  4. Tingkatan 6 Atas (Aliran Sains) : RM110.00 sebulan x 11 bulan
  5. Tingkatan 6 Rendah (Aliran Sastera) : RM90.00 sebulan x 7 bulan
  6. Tingkatan 6 Atas (Aliran Sastera) : RM90.00 sebulan x 11 bulan

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.moe.gov.my/biasiswa-kecil-persekutuan-bkp

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Keterangan

Pemberian biasiswa kepada murid yang kurang berkemampuan tetapi menunjukkan prestasi akademik dan kokurikulum yang cemerlang 

Objektif

Objektif pemberian BKP adalah sebagai suatu bentuk motivasi kepada murid daripada golongan berpendapatan rendah supaya meningkatkan kecermelangan dalam bidang akademik dan kokurikulum serta mengekalkan tahap disiplin yang tinggi. Selain itu, BKP juga dapat mengurangkan beban perbelanjaan persekolahan murid cemerlang akademik dan kokurikulum daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Kembali