Skip to main content
Program Community Feeding (PCF) Orang Asli

Semua Kanak-kanak Orang Asli Berumur Di Antara 6 Bulan Hingga 6 Tahun Yang Tinggal Di Lokaliti Terpilih Yang Mengalami Masalah Kekurangan Zat Makanan Dan Berat Badan Normal

Tiada Syarat Permohononan

  1. Pemberian Makanan Tambahan. Makanan tambahan yang diberikan terdiri daripada susu tepung penuh krim, multivitamin dan/atau minyak ikan, serta makanan berasaskan karbohidrat (bijirin, hasil bijirin, biskut dan lain-lain) dan protein (ikan, ayam dan lain-lain). Kos yang diperuntukkan untuk pemberian makanan tambahan adalah RM3.50/kanak-kanak/hari, tidak termasuk kos pengangkutan.
  2. Pemberian Ready to Use Therapeutic Food (RUTF). RUTF adalah makanan yang mengandungi tenaga padat (>300 kcal), diperkaya dengan nutrien yang digunakan dalam makanan terapeutik seperti kacang tanah, minyak, gula, susu tepung dan pelabagai bahan lain. RUTF diberikan kepada kanak-kanak Orang Asli yang mengalami masalah KZM di Pusat Community Feeding sebanyak 3 kali seminggu sehingga kes pulih. Kos yang diperuntukkan adalah tidak melebihi RM4.30/peket, tidak termasuk kos pengangkutan.
  3. Pemberian Bakul Makanan. Bakul makanan hanya diberi kepada kanak-kanak Orang Asli yang mengalami masalah kekurangan zat makanan.
  1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  2. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
Keterangan

Program Community Feeding Orang Asli merupakan program bantuan makanan yang dilaksanakan melalui aktiviti pemberian makanan tambahan (5 kali seminggu) kepada kanak-kanak Orang Asli di kawasan pedalaman yang mempunyai kes-kes kekurangan zat makanan yang tinggi. Kanak-kanak Orang Asli yang mengalami masalah kekurangan zat makanan akan diberi Ready To Use Therapeutic Food (RUTF) (3 kali seminggu) dan kepada yang memenuhi kriteria akan diberi bantuan bakul makanan. Program ini dijalankan oleh sukarelawan daripada Orang Asli tempatan yang telah dilatih (pemerkasaan sukarelawan). Program ini mula dilaksanakan sejak tahun 2013 di beberapa buah negeri. Sehingga kini terdapat 52 buah Pusat Community Feeding di tiga buah negeri seperti berikut:

  1. Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Muallim, Batang Padang, Perak Tengah) - 39 buah
  2. Kelantan (Gua Musang, Jeli) - 7 buah
  3. Pahang (Lipis, Cameron Highland, Raub, Pekan) - 6 buah
Objektif

Objektif Am

Untuk meningkatkan dan mengekalkan status pemakanan kanak-kanak Orang Asli yang berumur di antara 6 bulan hingga 6 tahun.

Objektif Khusus

  1. Untuk memastikan lebih daripada 95.0% kes kanak-kanak kekurangan zat makanan Orang Asli diliputi di lokaliti di mana Program Community Feeding dilaksanakan.
  2. Untuk memulihkan sekurang-kurangnya 25.0% kanak-kanak kekurangan zat makanan Orang Asli selepas 6 bulan berada dalam ProgramCommunity Feeding.
  3. Untuk mengekalkan status pemakanan normal kanak-kanak Orang Asli sepanjang berada dalam Program Community Feeding.
Tatacara Permohonan

Tidak Berkaitan. Semua kanak-kanak Orang Asli yang hadir di Pusat Community Feeding Orang Asli yang mempunyai berat badan normal layak untuk menerima makanan tambahan sahaja.

Manakala, kanak-kanak Orang Asli yang telah dikenal pasti mengalami masalah KZM akan didaftarkan di bawah Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan (PPKZM) dan layak menerima makanan tambahan, Ready to Use Therapeutic Food (RUTF) dan bakul makanan.

Kembali