Harga tiket penerbangan sehala ekonomi dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan ditetapkan pada harga maksimum RM499 sempena beberapa perayaan utama 2025 iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan Krismas. Tempoh pelaksanaan inisiatif ini adalah bagi 4 hari perjalanan sebelum tarikh sambutan perayaan-perayaan tersebut. Melalui inisiatif ini, harga maksimum tiket penerbangan kelas ekonomi sehala ditetapkan pada harga RM499 tidak termasuk cukai dan fi. Bagi tiket penerbangan kelas ekonomi yang melebihi RM499, Kerajaan akan membayar perbezaan harga antara harga asal tiket penerbangan dan harga maksimum tersebut. Manakala tiket penerbangan yang berharga kurang daripada RM499 bagi laluan-laluan berkenaan akan dijual pada harga asal yang telah ditetapkan oleh syarikat-syarikat penerbangan. Ini tidak melibatkan sebarang subsidi bantuan tiket penerbangan oleh Kerajaan.
Pengangkutan
      Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak & W.P. Labuan Sempena Musim Perayaan
    Rakyat Berasal Dari Sabah/ Sarawak/ W.P. Labuan Yang Menetap Di Semenanjung Malaysia Pulang Ke Kampung Halaman Semasa Musim Perayaan.
Warganegara Malaysia
Harga maksimum bagi tiket penerbangan sehala ekonomi dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah RM499.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.mot.gov.my/
- Kementerian Pengangkutan (MOT)
 - Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM)
 - Operator Penerbangan
 
Keterangan
      Objektif
      Mengurangkan bebanan kewangan rakyat berasal dari Sabah/ Sarawak/ W.P. Labuan yang menetap di Semenanjung bagi membeli tiket penerbangan melibatkan laluan dari Semenanjung ke Sabah/ Sarawak/ W.P. Labuan.
Tatacara Permohonan
        Tiada maklumat
Kembali