Skip to main content
Bantuan Pendidikan ILJTM: Dermasiswa B40 JPA
  1. Pelajar ILJTM
  2. B40
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mempunyai kesihatan yang baik
  3. Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA
  4. Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama di manamana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian
  5. Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki
  6. Pendapatan per kapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan kebawah

Tertakluk kepada kadar bantuan yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

  1. Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)
  2. Jabatan Tenaga Manusia
  3. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Keterangan

Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) melaksanakan program sepenuh masa bagi dua kategori pensijilan iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). Salah satu bantuan pendidikan yang ditawarkan kepada pelajar ILJTM ialah Dermasiswa B40 JPA. Pelajar ILJTM yang layak untuk memohon Dermasiswa B40 JPA ini mestilah sedang mengikuti latihan pensijilan DKM, lepasan SPM tahun semasa dan pendapatan isi rumah di bawah kategori B40. 

Objektif

Untuk membantu pelajar mengurangkan kos sara hidup sepanjang menjalani latihan di ILJTM.

Kembali