Keterangan
      Elaun pelajar Pra-Perkhidmatan adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada pelajar yang sedang menjalani latihan Pra-Perkhidmatan di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) sebelum memasuki alam pekerjaan. Elaun ini membantu pelajar Pra-Perkhidmatan untuk menampung kos hidup harian mereka semasa menjalani latihan termasuk kos makanan, pengangkutan, penginapan dan sebagainya.