Skip to main content
Perkhidmatan Sewaan Bas Sekolah untuk Anak Anggota ATM dan Anak Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan

Anak-anak Warga ATM Dan Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan

  1. Anak-anak warga ATM dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan yang mendiami Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan Rumah Keluarga Sewaan Berkelompok yang ditetapkan oleh Kerajaan.
  2. Anak-anak Anggota Tentera dan Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan di Pasukan Simpanan Angkatan Tentera yang dikerahkan sepenuh masa yang tinggal di tempat kem anggota tersebut atau ditempatkan.
  3. Anak-anak Warga ATM yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil Bantuan Penuh Kerajaan.
  4. Anak-anak Pra Sekolah warga ATM dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan yang bersekolah di bawah kelolaan kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan.
  5. Anak-anak warga ATM dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan yang menghadiri Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Agama Bantuan Penuh Kerajaan.

Tidak Berkenaan

Tidak Berkenaan

Kementerian Pertahanan

Keterangan

Perkhidmatan Sewaan Bas Sekolah ATM ini adalah untuk Anak-Anak Anggota Tentera dan Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan yang menetap di semua kem/Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Dan Rumah Sewaan Kelompok ATM sahaja. Kontrak perkhidmatan sewaan bas sekolah untuk anak-anak anggota tentera bermula pada tahun 2014. Perkhidmatan Sewaan Bas Sekolah ATM ini telah dipanjangkan juga kepada anak-anak kakitangan awam Kementerian Pertahanan di seluruh malaysia mulai tahun 2018.

Objektif

Memberikan kemudahan dan menjaga kebajikan kepada anak-anak Anggota Tentera dan Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan agar dapat memperkukuhkan kesejahteraan dan keharmonian institusi kekeluargaan. Memenuhi aspirasi Pelan Strategik MINDEF Teras 3 Iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga Kerja Pertahanan Dalam Strategi 4.3.1 iaitu Perkhidmatan Bas Sekolah.

Kembali