Skip to main content
Program Dana Bantuan Sementara Bas Henti Henti (ISBSF)

Penyedia Perkhidmatan Bas Berhenti-henti Dan Rakyat Setempat

Pihak APAD akan memantau prestasi perkhidmatan yang disediakan oleh pengendali yang terlibat dan akan membuat pembayaran terus kepada pihak pengendali.

Tidak Berkenaan

  1. Kementerian Pengangkutan (MOT)
  2. Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah
  3. Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak
  4. Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
Keterangan

Program Dana Bantuan Sementara Bas Henti-Henti (ISBSF) adalah satu inisiatif untuk membantu pengendali bas henti-henti yang terjejas ekoran daripada peningkatan kos operasi terutamanya di laluan sosial (atau yang kurang menguntungkan).

Objektif
  1. Untuk menangani kerugian dalam operasi harian pengendali bas henti-henti bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan bas henti-henti.
  2. Untuk menggalakkan pengendali-pengendali bas henti-henti memulihkan laluan yang telah ditamatkan perkhidmatan akibat kerugian.
  3. Untuk mendorong pengendali dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dengan menambah kekerapan perjalanan dan membaiki keadaan bas sekaligus memperbaiki aksesibiliti rakyat.
  4. Untuk memastikan perkhidmatan bas berhenti-henti terus dapat disediakan kepada rakyat tanpa kenaikan kadar tambang.
Kembali