Skip to main content
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

OKU

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
  2. Berumur 16 tahun sehingga 59 tahun;
  3. Pemegang Kad OKU yang berdaftar dengan JKM;
  4. Tidak berupaya bekerja berdasarkan faktor-faktor iaitu Kefungsian yang terhad dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau persekitaran yang menghalang pemohon untuk akses kepada pekerjaan;
  5. Pemohon bukan penghuni/ pelatih institusi kendalian JKM; atau Pusat Jagaan Harian/ Berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
  6. Pengesahan ketidakupayaan pemohon untuk bekerja perlu diperolehi daripada Pakar/ Pegawai Perubatan/ Pengesahan Pakar Psikiatri Kerajaan/ Swasta yang Berdaftar bagi kes OKU Mental; atau dalam keadaan tertentu, memadai dengan pengesahan Pegawai JKM dan direkodkan dalam laporan siasatan; (Contoh pengesahan kategori OKU Fizikal ketara seperti kudung dan lain-lain yang bersesuaian);
  7. Pendapatan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa.

RM300 sebulan seorang

Untuk makluman lanjut, sila layari https://www.jkm.gov.my/main/article/bantuan-bulanan# 

  1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
  2. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Keterangan

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) adalah untuk membantu OKU yang tidak berupaya bekerja dan menggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.

Objektif
  1. Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan.
  2. Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan.
  3. Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
  4. Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berdekatan dengan kediaman atau melalui pautan www.ebantuanjkm.jkm.gov.my

Kembali