Skip to main content
Program MyBrain 2.0
  1. Orang Awam Tidak Bekerja Atau Tidak Berpendapatan Tetap
  2. Pensyarah Di IPTS
  1. Pemohon mestilah orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap atau pensyarah IPTS terpilih
  2. Warganegara Malaysia yang berumur tidak lebih 35 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana atau 45 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran pada tahun permohonan
  3. Tidak menerima sebarang bentuk tajaan pendidikan / biasiswa daripada lain-lain penaja kecuali pinjaman pelajaran / elaun pembantu penyelidik siswazah / pembiayaan tambahan lain dengan syarat ia bukanlah BIASISWA
  4. Sekiranya pelajar mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian yang sedang diikuti, pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan penajaan ini
  5. Telah menerima surat tawaran penuh / tanpa syarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa di IPT terpilih
  6. Bagi pelajar yang telah memulakan pengajian, baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 12 bulan bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan 24 bulan bagi pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran pada Semester 1, Sesi 2024/2025
  7. Pemohon pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran perlu menyediakan kertas cadangan penyelidikan (research proposal) bagi tujuan rujukan dan semakan untuk kelulusan
  8. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menghidapi penyakit kronik
  9. Pemohon dan ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh Kerajaan atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak Kerajaan
  1. Kadar maksimum bagi yuran pengajian yang layak dibayar kepada pemohon yang berjaya bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana ialah RM2,300.00 per semester / RM9,200.00 sepanjang pengajian
  2. Kadar maksimum bagi yuran pengajian yang layak dibayar kepada pemohon yang berjaya bagi peringkat pengajian Ijazah Kedoktoran (PhD) ialah RM3,750.00 per semester / RM22,500.00 sepanjang pengajian
  3. Bayaran yang tidak ditanggung termasuklah Insurans Kesihatan, Yuran Kesihatan, Yuran Pergigian, Perlindungan Insurans / Insurans Takaful, Segala Bentuk / Jenis Cagaran, Wang Hemat Diri, Segala Bayaran Nota Kursus / Buku Panduan, Jurnal / Majalah / Buku Panduan, Bahan Makmal, Yuran Peralatan, Yuran Asrama, Yuran Pengangkutan / Bas, Sewa Jubah dan Sebarang Bentuk / Jenis Denda
  4. Pihak KPT akan membuat pembayaran yuran pengajian kepada pihak IPT tertakluk kepada kadar maksimum yang telah ditetapkan. Sekiranya jumlah yuran pengajian melebihi kadar maksimum, pelajar bertanggungjawab untuk menjelaskan baki yuran pengajian kepada pihak IPT
  5. Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian, tempoh pembiayaan bermula pada semester semasa dan pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang tuntutan bayaran balik bagi yuran pengajian yang telah dibayar sebelum tempoh tajaan berkuat kuasa
  6. Elaun Sara Hidup (ESH) bulanan akan diberikan sepanjang tempoh penajaan dan laporan kemajuan pengajian/keputusan peperiksaan perlu dikemukakan bagi pembayaran ESH semester berikutnya

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.mohe.gov.my/

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Keterangan

Program ini mensasarkan penerima daripada kalangan orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap dan pensyarah Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) bagi melanjutkan pengajian di peringkat pascasiswazah tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri yang tinggi untuk menampung yuran pengajian. Pemilihan bidang adalah terdiri daripada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM) serta bidang Sains Sosial dan Sastera Ikhtisas

Objektif
  1. Membangunkan modal insan dan pemerkasaan bakat yang berkemahiran tinggi dalam bidang penyelidikan
  2. Menyumbang kepada kebolehpasaran graduan, peningkatan kerjaya dan peningkatan pendapatan serta taraf hidup
  3. Meningkatkan visibiliti dan Penarafan Universiti Awam dan sektor Pendidikan Tinggi Malaysia.
Tatacara Permohonan

Permohonan Program MyBrain 2.0 adalah melibatkan proses seperti berikut:

  1. Permohonan - Hantar borang permohonan secara atas talian melalui Sistem Permohonan Program MyBrain 2.0 sebelum tarikh tamat iklan permohonan
  2. Temu Duga & Ujian Psikometrik - Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga dan ujian psikometrik secara atas talian
  3. Penawaran - Pemohon yang berjaya akan menerima surat tawaran penajaan Program MyBrain 2.0
Kembali