Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) berfungsi sebagai pemangkin di antara Kerajaan dan rakyat dalam melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan dan modal insan supaya semangat saling bekerjasama dapat diterapkan dalam kehidupan harian. MPPWP ini dilihat sebagai medium penyampaian aspirasi dan inisiatif Kerajaan yang membawa ke arah perpaduan, kelestarian persekitaran, keselamatan, kesejahteraan dan pembangunan modal insan dalam kalangan penduduk Wilayah Persekutuan. Elaun MPPWP adalah sebagai imbuhan kepada ahli-ahli yang berkhidmat kepada masyarakat setempat.
Pendapatan
Elaun Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan
Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan
Keseluruhan ahli MPPWP dilantik oleh Menteri Yang Bertanggungjawab ke atas Wilayah Persekutuan berdasarkan kriteria am yang tertulis di dalam Garis Panduan MPPWP seperti di pautan.
- Pengerusi (Zon) - RM3,000 sebulan
- Pengerusi (Sub Zon) - RM800 sebulan
- Timbalan Pengerusi (Sub Zon) - RM500 sebulan
- Setiausaha (Sub Zon)- RM400 sebulan
Jabatan Wilayah Persekutuan
Keterangan
Objektif
- Memastikan semua aktiviti modal insan dan kemasyarakatan dilaksanakan ke peringkat akar umbi.
- Menggalakkan penyertaan awam dan penduduk setempat dalam pengurusan dan pembangunan Wilayah Persekutuan.
- Mewujudkan struktur komuniti Wilayah Persekutuan yang mampu mengawal selia masyarakat setempat (self-governance community).
- Memastikan isu-isu perbandaran ditangani segera dan seterusnya meningkatkan penyampaian perkhidmatan PBT.
Kembali