Skip to main content
Skim Bantuan Am Pelajaran IPT
  1. Fakir
  2. Miskin
  3. Muallaf
  4. Fisabilillah
  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya 1 tahun dan masih lagi menetap di Wilayah Persekutuan
  4. Tertakluk kepada pengiraan Had Kifayah (had kecukupan)
  5. Tempoh pengajian/ kursus yang diambil sekurang-kurangnya 6 bulan sama ada sepenuh masa / separuh masa
  6. Tidak mendapat biasiswa/ elaun (bukan berbentuk pinjaman) / tajaan penuh daripada mana-mana pihak
  7. Bidang dan institusi / universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan tidak bertentangan dengan Hukum Syarak
  8. Bantuan juga diberikan kepada pelajar / bekas pelajar / pelatih / penghuni di bawah institusi-institusi MAIWP yang dapat menyambung pengajian di universiti dengan mengambilkira had kifayah
  9. Permohonan daripada penduduk Islam dari Negara minoriti Islam / Negara miskin layak dipertimbangkan
  10. Permohonan daripada penduduk luar wilayah yang membayar zakat harta kepada PPZ/ MAIWP layak dipertimbangkan

Tidak Berkenaan

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.maiwp.gov.my/portal-main/bantuan-zakat

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Keterangan

Skim Bantuan Am Pelajaran IPT merupakan salah satu program agihan zakat di bawah MAIWP bagi membantu melindungi para asnaf

Objektif

Membantu asnaf dalam bentuk kewangan untuk menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi

Tatacara Permohonan

Anda boleh memohon bantuan di semua kaunter cawangan Pusat Agihan Zakat (PAZA). 
Senarai lokasi PAZA adalah seperti pautan di bawah : 
https://www.maiwp.gov.my/portal-main/lokasi-paza

Kembali