Kumpulan Wang Amanah Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas diwujudkan bagi memberi bantuan kewangan kepada mangsa serangan binatang buas atau waris terdekat mangsa serangan binatang buas. Binatang buas ialah hidupan liar atau hidupan akuatik yang berbahaya dan berbisa serta yang boleh mengancam, menyerang dan mengakibatkan kecederaan atau kematian kepada manusia.
Pendapatan
Kumpulan Wang Amanah Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas
Mangsa Atau Waris Mangsa Serangan Binatang Buas
Mangsa atau waris mangsa serangan binatang buas yang telah dikategorikan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Jabatan Perikanan Malaysia.
- Kadar minima RM200
- Bayaran penuh sebanyak RM10,000 bagi kes yang melibatkan kematian
- Kadar bayaran bagi kehilangan upaya sebahagian dan kekal bergantung kepada tahap kecederaan
- Kategori kecederaan dan jenis binatan buas akan disahkan oleh PERHILITAN/Jabatan Perikanan
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.jkm.gov.my . Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berdekatan dengan kediaman atau melalui pautan www.ebantuanjkm.jkm.gov.my
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Keterangan
Objektif
Membantu meringankan beban mangsa atau keluarga mangsa serangan binatang buas
Kembali