Skip to main content
Sabah: Bantuan Geran Aktiviti Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Wanita

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Wanita

  1. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS) Negeri Sabah / Jabatan atau Agensi Kerajaan Sabah Pertubuhan yang pernah diberi geran daripada Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, hendaklah mengemukakan laporan perbelanjaan yang digunakan daripada geran tersebut untuk penilaian. Pemohon perlu mengemukakan lampiran-lampiran berikut:
  2. Salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan yang telah disahkan benar oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) Negeri Sabah.
  3. Perlu mematuhi Garis Panduan Petrmohonan, Pelaksanaan dan Pelaporan peruntukan Bantuan Geran Aktiviti NGO JHEWA.
  4. Mengikut fokus program yang ditawarkan
  5. Laporan perbelanjaan yang dipakai menggunakan geran lalu (jika) pernah menerima Geran Pelaksanaan Program daripada Kementerian ini).
  6. Borang Permohonan Geran.
  7. Kertas Kerja pelaksanaan program.
  8. Borang JBN 55 (Maklumat Akaun Bank).
  9. Program dengan Bidang Keutamaan berkaitan pemerkasaan wanita berikut: 1.Program Ekonomi 2.Program Sosial 3.Program Pendidikan & Ilmuwan4. Kesihatan 5. Media 6. Pembuat Keputusan & Politik 7. Kemiskinan 8. Kepekaan dan Keterangkuman Gender 9. Hak Wanita & Undang-undang 10. Ganguan Seksual dan Keganasan Rumah Tangga terhadap wanita dan kanak-kanak 11. Sukan 12. Alam Sekitar 13. Agama, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

Berdasarkan Kertas Kerja yang disediakan oleh NGO Wanita dan Kelulusan daripada JHEWA

Tidak Berkenaan

Jabatan Hal Ehwal Wanita

Keterangan

Bantuan geran aktiviti untuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) wanita di Sabah disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA). Geran ini bertujuan untuk menyokong pelaksanaan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan masyarakat dan kesejahteraan rakyat, terutamanya wanita.

Objektif

Peruntukan Dana Aktiviti NGO di bawah JHEWA adalah bantuan kewangan kerajaan yang diagihkan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Wanita yang berdaftar di bawah JHEWA untuk pelaksanaan program pemerkasaan wanita.

Tatacara Permohonan

Manual

Kembali