Wang saku adalah sejumlah peruntukan wang awam yang disalurkan melaui Institusi Warga Emas dan Desa Bina Diri di bawah pentadbiran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberikan kepada penghuni yang tinggal di institusi warga emas dan Desa Bina Diri secara tetap sama ada melalui perintah mahkamah di bawah seksyen 3(4) Akta Orang Papa 1977 atau secara sukarela dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat. Penghuni yang ditempatkan di Institusi Warga Emas atau Desa Bina Diri hanya layak untuk menerima wang saku bermula bulan kedua penghuni tersebut ditempatkan di institusi JKM selepas dokumentasi maklumat peribadi penghuni lengkap diterima.
Warga Emas Dan Orang Papa Yang Ditempatkan Di Institusi Warga Emas Dan Desa Bina Diri, Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Warga Emas atau Orang Papa yang ditempatkan di institusi melalui perintah tetap di bawah subseksyen 3(4) Akta Orang Papa 1977 atau secara sukarela dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.
RM30.00 sebulan bagi setiap penghuni
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.jkm.gov.my
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Wang saku yang diterima oleh penghuni adalah untuk digunakan bagi membantu perbelanjaan sampingan penghuni di institusi warga emas dan Desa BIna Diri seperti membeli makanan dan minuman selain daripada yang disediakan oleh institusi, keperluan semasa riadah dan aktiviti di luar institusi (outing) serta pembelian keperluan tambahan atau harian yang sesuai bagi penghuni yang tidak membahayakan kesihatan dan menyalahi peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa.