Skip to main content
Pengoperasian Rumah Tunas Harapan (RTH)
  1. Kanak-Kanak
  2. Kanak-kanak Yang Memerlukan Atau Disyaki Memerlukan Pemeliharaan Dan Perlindungan
  1. Kanak-kanak mengikut takrifan Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu bawah 18 tahun.
  2. Kanak-kanak yang dikategori memerlukan perlindungan dan pemeliharaan.
  3. Keutamaan adalah kanak-kanak yang mempunyai adik-beradik semasa di RKK, supaya mereka berpeluang untuk membesar dalam satu keluarga.
  4. Kanak-kanak yang tidak berpenyakit dan tidak banyak bermasalah dari segi sikap, kelakuan dan positif dalam pemikiran.
  1. Jagaan dan Perlindungan: Tempat tinggal, makanan, pakaian, keperluan harian dan rawatan perubatan.
  2. Bimbingan dan Kaunseling: Khidmat kaunseling dan nasihat kepada kanak-kanak disediakan secara berkala untuk mengatasi masalah emosi dan psikologi bagi membentuk perkembangan menyeluruh kanak-kanak serta perbincangan kes.
  3. Pelajaran Akademik: Semua kanak-kanak dalam peringkat umur persekolahan diwajibkan bersekolah bagi menjamin masa hadapan mereka.
  4. Pendidikan Agama dan Moral
  1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
  2. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Keterangan

Rumah Tunas Harapan (RTH) merupakan satu inisiatif dalam penjagaan kanak-kanak dengan menempatkan lapan (8) hingga 10 orang kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dalam sebuah rumah. Keutamaan penempatan adalah kepada kanak-kanak daripada Rumah Kanak-kanak (RKK) yang mempunyai adik-beradik supaya mereka berpeluang membesar dalam satu keluarga. Bagi tahun 2024, sebanyak sembilan (9) RTH telah ditubuhkan di seluruh negara.

Objektif

Memberi penjagaan, perlindungan dan didikan oleh penjaga yang telah dipilih khas sebagai ibu bapa pelihara mengikut kepercayaan agama dan budaya masing-masing; Berpeluang membesar dalam satu keluarga.

Tatacara Permohonan
  1. Pemohon perlu ke PKMD berdekatan untuk permohonan kemasukan kanak-kanak secara sukarela.
  2. Menerima permohonan dan Tarikh temubual dan lawatan ke rumah dilakukan bagi penyediaan laporan.
  3. Permohonan yang lengkap serta laporan siasatan dikemukan kepada oleh PKMD ke JKMN untuk sokongan.
  4. Permohonan yang telah disokong dihantar ke Bahagian Kanak-Kanak Ibupejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk proses kelulusan.
  5. Kelulusan permpohonan kemasukan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.
  6. Surat kelulusan kemasukan kanak-kanak ke RTH dihantar kepada PKMD untuk tindakan lanjut.

atau

  1. Menerima laporan/aduan berhubung kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan pemeliharaan.
  2. Pelindung membuat siasatan kerja kes dan menyediakan laporan sosial.
  3. Permohonan dihantar ke Bahagian Kanak-Kanak untuk diproses.
  4. Mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.
  5. Surat kelulusan kemasukan kanak-kanak ke RTH dihantar kepada PKMD untuk tindakan lanjut.
Kembali