Ujian HPV DNA adalah ujian saringan kanser serviks bagi mengesan satu atau lebih HPV berisiko tinggi dalam kalangan wanita. Saringan ujian HPV DNA yang dilaksanakan oleh LPPKN dapat mengesan 14 jenis HPV berisiko tinggi yang menjadi penyebab lebih 90 peratus (%) kanser serviks. Wanita yang layak boleh mendapatkan saringan ujian HPV DNA secara percuma di Klinik Nur Sejahtera LPPKN dan program outreach di seluruh negara.
Kesihatan
      Program Saringan Kanser Serviks (Ujian HPV DNA)
    - Wanita Warganegara Atau Penduduk Tetap
 - Wanita Berumur 30 - 65 Tahun
 - Wanita Daripada Kalangan M40 Dan B40
 
- Wanita Warganegara Atau Penduduk Tetap
 - Wanita Berumur 30 - 65 Tahun
 - Wanita Daripada Kalangan M40 Dan B40
 
Wanita yang layak boleh mendapatkan saringan ujian HPV DNA di 49 buah Klinik Nur Sejahtera dan melalui program-program outreach LPPKN yang dilaksanakan di seluruh negara
Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.lppkn.gov.my
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
 - Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
 
Keterangan
      Objektif
      Meningkatkan kesedaran golongan wanita mengenai kepentingan saringan kanser serviks; Meningkatkan jumlah wanita untuk menjalani saringan kanser serviks melalui Ujian HPV DNA; Mengenal pasti dan mendapatkan rujukan bagi wanita yang dijangkiti oleh HPV high risk type.
Kembali