Skip to main content
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
  1. Murid Warganegara Malaysia
  2. Murid Daripada Keluarga Kategori Miskin Tegar Berdasarkan PGK Nasional Semasa
  1. Murid warganegara Malaysia berdasarkan catatan dalam sijil kelahiran dan bersekolah di semua Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) di bawah KPM
  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 3 bagi BAmP dan Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi BK
  3. Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan Sistem eKasih dan disahkan berada pada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional Semasa dalam kategori miskin tegar sahaja
  4. Pendapatan Isi Rumah (PIR) untuk murid eKasih, Data Sedia Ada dan Data Murid Orang Asli adalah berdasarkan PGK Nasional Semasa
  1. Bantuan Am Persekolahan (BAmP): RM100 bagi Sekolah Rendah dan RM150 bagi Sekolah Menengah. Penerima adalah pelajar daripada Tahun 1 hingga Tingkatan 3
  2. Bantuan Kecemasan (BK): RM300 bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Penerima adalah pelajar daripada Tahun 1 hingga Tingkatan 5

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Keterangan
  1. Tabung KWAPM telah ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang telah diluluskan oleh Perbendaharaan pada 10 April 2003. Selaras dengan perubahan dasar pengurusan tabung KWAPM, Surat Ikatan Amanah telah dipinda dan diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia pada 31 Mac 2023.
  2. Peruntukan adalah melalui peruntukan tahunan yang diterima daripada MOF dan sumbangan wang awam. Bantuan KWAPM terdiri daripada dua jenis iaitu Bantuan Am Persekolahan (BAmP) dan Bantuan Kecemasan (BK).
Objektif

KWAPM bertujuan memberi bantuan kepada murid miskin supaya tidak tercicir dalam meneruskan persekolahan selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa pada Januari 2003

Tatacara Permohonan

Permohonan dibuat melalui sekolah masing-masing

Kembali