Skip to main content
Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Pelajar OKU

  1. Pelajar warganegara Malaysia
  2. Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU
  3. Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  4. Pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri adalah layak menerima wang saku dan yuran pengajian. Penerima biasiswa pula layak mendapat wang saku sahaja
  5. Pelajar hendaklah sedang melanjutkan pengajian di mana-mana universiti awam atau IPTS (bawah seliaan KPT) atau Kolej Komuniti dan Politeknik
  6. Pelajar yang mengikuti kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh layak menerima bantuan kewangan ini
  7. Pelajar OKU yang menerima biasiswa atas dasar kurang upayanya semasa melanjutkan pengajiannya tidak layak menerima bantuan kewangan ini. Misalnya jika seseorang pelajar OKU itu telah menerima biasiswa khas untuk melanjutkan pengajian di IPT kerana keistimewaannya, elaun khas ini tidak akan dipanjangkan kepada beliau
  8. Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/sebahagian)
  9. Bagi pelajar yang ingin memohon perlanjutan tempoh pengajian adalah tidak layak mendapat bantuan dalam proses perlanjutan tersebut. Hal ini kerana tempoh tajaan Bantuan kewangan ini adalah mengikut tempoh surat tawaran asal. Pelajar yang ingin menukar tempat pengajian dalam tempoh pembiayaan BKOKU, hendaklah maklum kepada pihak kementerian secara bertulis dan juga kepada pihak institusi pengajian sebelum dari tempoh lapor diri di tempat pengajian baru
  1. Bagi Pelajar Sepenuh Masa, bantuan meliputi wang saku dan yuran pengajian yang kedua-duanya tidak melebihi RM6,200/setahun atau RM24,000 sepanjang tempoh pengajian tertakluk kepada peringkat pengajian (bagi pelajar yang menggunakan pembiayaan sendiri atau pinjaman pelajar). Penerima biasiswa bagi pelajar sepenuh masa pula hanya layak membuat tuntutan wang saku sahaja (RM2,400 per semester).
  2. Bagi Pelajar Separuh Masa, bantuan meliputi yuran pengajian tidak melebihi RM6,200 setahun atau RM24,000 sepanjang tempoh pengajian tertakluk kepada peringkat pengajian (bagi pelajar yang menggunakan pembiayaan sendiri atau pinjaman pelajar). Penerima biasiswa bagi pelajar separuh masa tidak layak menerima bantuan ini.
  3. Pelajar OKU yang mempunyai kod DD atau DE (Pendengaran sahaja) di Kolej Komuniti dan Politeknik terpilih dan melanjutkan pengajian dalam Sijil Kemahiran Khas layak mendapat bantuan Program Pendidikan Khas (PPK) dengan kadar bayaran RM4,260 bagi semester 1 dan RM3,960 bagi semester 2 hingga 4.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://biasiswa.mohe.gov.my/bk_oku/ 

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Keterangan

Bantuan Kewangan kepada pelajar OKU yang berdaftar dengan JKM dan mempunyai kad OKU yang melanjutkan pengajian di peringkat Sijil Asas sehingga Ijazah Kedoktoran (PhD). 

Objektif

Program ini bertujuan untuk meningkatkan dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada golongan OKU yang melanjutkan pengajian di UA, IPTS, Kolej Komuniti dan Politeknik di bawah seliaan KPT 

Tatacara Permohonan

Permohonan BKOKU dan PPK boleh dibuat secara manual dan borang permohonan boleh dikemukakan di kaunter Bahagian Biasiswa (Aras 2), KPT atau melalui e-mel di bkoku@mohe.gov.my

Kembali