Program BELB dilaksanakan melalui 2 kaedah iaitu melalui kaedah sambungan talian grid dari punca-punca bekalan Pihak Berkuasa Elektrik Negeri (PBEN) iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi Semenanjung Malaysia, Sabah Electricity Sdn Bhd. (SESB) bagi negeri Sabah dan Sarawak Energy Berhad (SEB) bagi negeri Sarawak dan bagi kawasan-kawasan pedalaman yang tidak kesampaian serta tidak ekonomik untuk disambung menggunakan talian grid, bekalan elektrik adalah menggunakan kaedah alternatif seperti solar, set generator, solar hibrid dan sebagainya
Utiliti
Program Elektrik Luar Bandar (BELB)
Warganegara Malaysia
- Kampung atau kawasan yang sah taraf dan diiktiraf oleh Kerajaan Negeri
- Mempunyai pentadbiran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
- Di luar kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Liputan bekalan elektrik 24 jam kepada kawasan perkampungan luar bandar
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.rurallink.gov.my/program-bekalan-elektrik-luar-bandar-belb/
- Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah
- Tenaga Nasional Berhad (TNB)
- Sarawak Energy Berhad (SEB)
- Sabah Energy Sendirian Berhad (SESB)
Keterangan
Objektif
Bertujuan untuk menyediakan kemudahan bekalan elektrik ke rumah-rumah di kampung-kampung tradisional di luar kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara termasuklah rumah-rumah panjang di kawasan Malaysia, perkampungan di pulau-pulau serta penempatan di estet-estet kecil berkeluasan kurang 1000 hektar
Kembali