Skip to main content
Program Pasukan Perlindungan Kanak-kanak (PPKK)
  1. Kanak-Kanak
  2. Kanak-kanak Yang Memerlukan Atau Disyaki Memerlukan Pemeliharaan Dan Perlindungan
  1. Kanak-Kanak
  2. Kanak-kanak Yang Memerlukan Atau Disyaki Memerlukan Pemeliharaan Dan Perlindungan
  1. Tempat Perlindungan: Menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.
  2. Pusat Advokasi: Mengadakan ceramah / kursus pendek kepada masyarakat, ibu bapa dan kanak-kanak.
  3. Pusat Sumber: Menyediakan bahan bacaan / rujukan untuk kanak-kanak.
  4. Pusat Pembelajaran: Kelas bimbingan / komputer / kelas keagamaan / kelas lukisan / kelas drama / pidato / deklamasi sajak.
  5. Pusat Intervensi Krisis: Menyediakan sesi kaunseling.
  6. Pusat Sosial / Sukan / Rekreasi: Sukan / riadah / program kebudayaan / kesenian dan sebagainya.
  1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
  2. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Keterangan

Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) ditubuhkan melalui peruntukan Seksyen 7, Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak yang dipengerusikan oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Bagi tahun 2024, sebanyak 140 PPKK telah ditubuhkan dengan keanggotaan seramai 1,214 orang di seluruh negara.

Objektif
  1. Menyelaras perkhidmatan setempat kepada keluarga dan kanak-kanak jika kanak-kanak memerlukan atau disyaki memerlukan pemeliharaan dan pelindungan.
  2. Menyediakan sistem sokongan kepada perkhidmatan pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak.
  3. Menguruskan pengoperasian Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) bagi melaksanakan pelbagai program/ aktiviti pencegahan, perlindungan, advokasi dan pengintegrasian semula kanak-kanak bagi menangani isu masalah sosial dalam kalangan kanak-kanak.
Kembali