Program Rebat Tarif Pembetungan IWK adalah merupakan program bantuan berupa rebat caj perkhidmatan pembetungan secara bersasar kepada golongan miskin dan miskin tegar, yang berdaftar di bawah e-Kasih
Utiliti
      Program Rebat Bil Pembetungan IWK
    - Miskin
 - Miskin Tegar
 - Warganegara Malaysia
 
Pelanggan IWK kategori domestik bagi perkhidmatan bersambung, perkhidmatan nyahenap cemar tangki septik dan pekhidmatan tradisional yang berada di dalam kategori miskin dan miskin tegar yang disahkan berdasarkan sistem data e-kasih
- Rebat sebanyak RM2 sebulan diberikan kepada premis domestik yang menggunakan perkhidmatan bersambung
 - Rebat sebanyak RM48 akan diberikan kepada premis domestik yang menggunakan tangki septik individu bagi tempoh kitaran 24 bulan setelah perkhidmatan menyahenap cemar dilakukan mulai 1 Oktober 2022
 - Rebat sebanyak RM30 akan diberikan kepada premis domestik yang menggunakan sistem tradisional
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.iwk.com.my/my/home
- Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA)
 - Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.
 
Keterangan
      Objektif
      Inisiatif ini dapat membantu meringankan beban kewangan rakyat berpendapatan rendah yang berstatus miskin dan miskin tegar melalui rebat bil pembetungan bulanan
Tatacara Permohonan
        Pelanggan yang berdaftar di bawah program eKasih boleh menghubungi IWK untuk mendapatkan bantuan bersasar dalam bentuk rebat
Kembali