Keterangan
Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) melaksanakan program sepenuh masa bagi dua kategori pensijilan iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). Salah satu bantuan pendidikan yang ditawarkan kepada pelajar ILJTM ialah Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Pelajar ILJTM yang layak untuk memohon PTPK ini mestilah sedang mengikuti latihan pensijilan DKM dan pendapatan isi rumah di bawah kategori B40