Keterangan
Program Kesihatan Pergigian Secara Outreach (jangkau luar) telah dipergiat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi meningkatkan kebolehcapaian masyarakat kepada penjagaan kesihatan pergigian. Perkhidmatan kesihatan pergigian kepada masyarakat dijalankan melalui pasukan pergigian bergerak dan Klinik Pergigian Bergerak. Selain daripada memberi promosi dan pendidikan kesihatan pergigian, perkhidmatan outreach untuk masyarakat juga menyediakan pemeriksaan pergigian, saringan kanser mulut serta pencegahan klinikal, penskaleran, tampalan dan cabutan gigi.