Merupakan program penyeragaman harga barang keperluan gula, tepung gandum kegunaan am, minyak masak di Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan (SSL) supaya menyamai harganya di Semenanjung Malaysia. Pelaksanaan program tersebut bermula pada bulan Februari 2013 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
- Warganegara Malaysia
 - Penduduk Sabah, Sarawak Dan WP Labuan
 
PPHSSL melibatkan pengilang bagi tiga kategori barang kawalan iaitu minyak masak, tepung gandum dan gula. Kelayakan penerimaan bantuan kewangan oleh pengilang di bawah Program ini adalah berdasarkan kepada kelulusan kuota yang diperolehi daripada Program asal barang kawalan bersubsidi iaitu Program Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) dan Program Subsidi Tepung Gandum Kegunaan Am (PSTG). Manakala, bantuan kewangan kepada pengilang gula adalah berdasarkan kepada populasi penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan berikutan gula bukan merupakan barang kawalan bersubsidi. Kriteria pengilang/syarikat yang ingin mendapatkan kelulusan di bawah program juga mengguna pakai syarat di bawah program asal barang kawalan tersebut.
Tidak Berkenaan
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.kpdn.gov.my
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN)
Merangkumi pengagihan kuota dan pembayaran tuntutan subsidi kepada pengilang bagi memastikan harga gula, minyak masak dan tepung gandum di Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan dijual pada harga yang sama dengan harga di Semenanjung Malaysia