Pemberian kad kesihatan kepada warga emas & orang kurang upaya (OKU). Setiap penerima kad diberi bantuan bernilai RM 500/tahun yang boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan di klinik-klinik panel terpilih. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan kos rawatan kesihatan bagi golongan yang memerlukan.
Warga Emas, OKU
Syarat Pemohon DUN:
• Warganegara Malaysia
• Pemohon mestilah Pemilih Berdaftar di Negeri Pahang
• Warga Emas yang berumur 60 tahun dan ke atas
• Bermastautin di Negeri Pahang
• Bukan penerima Bantuan Warga Emas atau Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Syarat Pemohon Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang: Warganegara Malaysia
• Bermastautin di Negeri Pahang
• Penerima Bantuan Warga Emas (WE) dan OKU yang memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan
• Warga emas & OKU yang bukan tinggal di institusi kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat atau pusat jagaan harian/kediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma
RM 500
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang
RM5 juta – Meneruskan pemberian kad kesihatan kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) menerusi program Kasih Makmur mata
Tiada permohonan, Maklumat penerima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang