Skip to main content
GOKL

Pengguna Pengangkutan Awam Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tiada Syarat Permohononan

Tidak Berkenaan

Tidak Berkenaan

  1. Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP)
  2. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Keterangan

DBKL terus komited dalam memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat disampaikan kepada warga kota, terutamanya dalam meningkatkan tahap mobiliti penduduk, meningkatkan kemudahsampaian dan mewujudkan ekosistem pengangkutan awam yang inklusif serta bersepadu di Kuala Lumpur melalui perkhidmatan pengangkutan percuma Bas GOKL. Ia juga merupakan salah satu inisiatif dalam Program Usaha Jaya Insan (PUJI) bagi kategori Ihsan@PUJI. Inisiatif Bas GOKL ini telah diperkenalkan bagi menggalak dan seterusnya memperkasakan pengangkutan awam di bandar raya Kuala Lumpur. Dengan peningkatan tahap guna trafik yang tinggi di pusat bandar raya, fokus kini adalah bagi mengurangkan tahap kebergantungan warga kota kepada kenderaan-kenderaan persendirian.

Objektif
  1. Membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.
  2. Menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya untuk semua.
  3. Kerajaan melalui Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 menyasarkan kadar penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan warga kota adalah sekurang-kurangnya 70% berbanding kenderaan persendirian sebanyak 30%.
Kembali