Skip to main content
Wang Saku Institusi Kurang Upaya

Orang Kurang Upaya (OKU) Yang Ditempatkan Di Institusi Kurang Upaya Di Bawah Tadbiran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

  1. Penghuni di institusi yang telah mendapat Perintah Tetap atau kelulusan kemasukan secara tetap oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat
  2. Penghuni yang telah tamat Perintah Tetap dan disambung dengan Perintah Sementara di Institusi yang sama bagi tempoh yang telah ditetapkan oleh mahkamah dan penghuni termasuk di dalam tafsiran para 2.5 Kanak-kanak Bersekolah
  3. Penghuni yang pulang bercuti dengan kebenaran
  4. Penghuni yang dimasukkan ke hospital untuk rawatan dengan kebenaran
  5. Penghuni yang mengikuti program atau aktiviti di luar institusi dengan kebenaran
  6. Penghuni bukan penerima bantuan kewangan JKM
  1. Bersekolah: RM3.00 sehari
  2. Tidak Bersekolah: RM1.00 sehari
  3. Pelatih Bengkel Daya (BD): RM75.00 sebulan
  4. Pelatih Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan (PLPP): RM150.00 sebulan

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.jkm.gov.my 

  1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
  2. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Keterangan

Wang Saku Institusi Kurang Upaya adalah sejumlah peruntukan wang awam yang disalurkan melalui Institusi Orang Kurang Upaya (OKU) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberikan kepada penghuni yang layak mengikut kadar yang ditetapkan secara harian atau bulanan. Penghuni institusi OKU adalah seseorang yang tidak boleh berdikari dalam Aktiviti Kehidupan Harian (Activity Daily Living) termasuklah dari segi pengurusan wang saku kerana faktor umur atau tahap ketidakupayaan teruk (severe) dan sangat teruk (profound) serta memerlukan bantuan sepenuhnya daripada penjaga.

Objektif

Wang saku yang diterima adalah untuk kegunaan perbelanjaan seperti membeli makanan dan minuman selain daripada yang disediakan oleh institus, belanja persekolahan harian penghuni, semasa riadah dan aktiviti di luar institusi (outing) serta keperluan-keperluan tambahan atau harian yang sesuai bagi keperluan penghuni yang tidak membahayakan kesihatan dan menyalahi peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa.

Kembali