Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) mula diwujudkan dengan kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 22 Oktober 1986. KBS telah menawarkan Skim BSP kepada seramai 1,191 orang penerima bermula tahun 1987 sehingga tahun 2023. Kini, sehingga Mac 2024 terdapat 126 orang penerima yang masih berada dalam tanggungan Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (JKWASBSP) diwujudkan bagi pengurusan dari segi penangguhan, pelanjutan atau kes-kes berkaitan pelajar tajaan.
Atlet
- Warganegara Malaysia
- Berumur 25 tahun bagi pengajian peringkat Diploma secara sepenuh masa atau 30 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama secara sepenuh masa.
- Atlet yang masih aktif dalam sukan dengan sekurang-kurangnya memenangi pingat dalam Sukan Malaysia (SUKMA), Sukan Universiti ASEAN (SUA) atau Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) atau Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf sebelum tarikh tutup permohonan. Penyertaan dua (2) tahun kebelakang sahaja diambil kira. Pegawai dan jurulatih sukan tidak layak memohon
- Pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di IPT Tempatan hendaklah mencapai minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.00 bagi atlet yang mewakili negara dan PNGK 2.50 bagi atlet yang mewakili institusi/negeri pada semester terkini (semasa permohonan dibuat) dengan baki tempoh pengajian dua (2) semester atau lebih
- Pelajar baru hendaklah telah mendapat surat tawaran pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda Pertama dari mana-mana IPT Tempatan secara sepenuh masa
- Tidak menerima sebarang tajaan / biasiswa daripada mana-mana institusi / agensi kerajaan / swasta yang lain
- Sihat dari segi mental dan fizikal
- Pemohon yang menerima hadiah biasiswa ini hendaklah terus giat di dalam latihan dan pertandingan-pertandingan sukan pilihannya semasa tempoh pengajiannya dan juga dikehendaki mewakili negara di dalam pertandingan-pertandingan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa sekiranya diperlukan
- Pemohon yang dipilih hendaklah berkelakuan baik (good-character) dan mempunyai minat serta semangat yang tinggi
Penerima Skim BSP diberikan tajaan dalam bentuk elaun sara hidup, yuran pengajian dan elaun pelbagai (alat perkakas, buku, kertas projek, tesis dan elaun latihan praktikal – tertakluk bidang dan tempoh pengajian).
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://interaktif.kbs.gov.my/biasiswasukan/index.php atau Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, No tel: 03-8871 3549/ 3558
Kementerian Belia Dan Sukan (KBS)
Mewujudkan sekumpulan ahli-ahli sukan yang berpelajaran tinggi Mengatasi masalah kehilangan bakat dalam bidang sukan Galakan untuk atlet mewakili negara ke pertandingan peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa Merangsang serta meningkatkan prestasi sukan negara dalam pelbagai jenis sukan.
Hebahan tawaran diumumkan melalui Laman Web Rasmi KBS dan akhbar tempatan yang terpilih. Pemohon hendaklah membuat permohonan secara dalam talian sahaja