Bantuan Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi. Bantuan ini juga diberikan kepada anak-anak Veteran ATM sebagai galakan dan motivasi untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi. Institusi Pengajian Tinggi ini merangkumi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta kursus-kursus yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) sahaja seperti yang tersenarai dipautan https://www2.mqa.gov.my/mqr/ di bawah Kementerian Pengajian Tinggi tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa
Pendidikan
Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan: Bantuan Kemasukan ke Institusi Pengajian IPT (IPT)
- Veteran ATM
- Pelajar
- Veteran ATM (Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia, Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak dan Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa)
- Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
- Umur bagi anak veteran ATM hendaklah tidak melebihi 23 tahun ketika pendaftaran / kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi
- Pengajian yang diikuti hendaklah sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama ditawarkan didalam negara sahaja
- Semua permohonan Bantuan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 30 September setiap tahun. Ini adalah untuk memastikan pembayaran dapat dibuat pada tahun semasa tertakluk kepada peraturan kewangan yang berkuat kuasa
- Setiap anak hanya layak menerima satu bantuan sahaja sama ada di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama
- Semua kursus pengajian di IPT luar Negara TIDAK LAYAK dipertimbangkan
- Semua kursus pengajian professional (Contoh: Kursus Pra Diploma / Asasi, latihan ketenteraan, kursus perguruan, separa perubatan, institut kemahiran) TIDAK LAYAK dipertimbangkan
- Kursus yang berbentuk latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan adalah TIDAK LAYAK
- RM1,000 untuk pengajian peringkat Diploma
- RM1,500 untuk pengajian peringkat Ijazah Pertama
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.jhev.gov.my/en/home
- Kementerian Pertahanan
- Jabatan Hal Ehwal Veteran
Keterangan
Objektif
Pemberian Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan dilihat boleh membantu meringankan bebanan kewangan Veteran ATM.
Tatacara Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran
Kembali