Skip to main content
Skim Ex-gratia dan Insurgensi

Veteran ATM

  1. Peratus hilang upaya (HU) yang ditaksirkan 21% dan ke atas.
  2. HU itu diperkaitkan dengan tugas.
  3. HU diperakui oleh Lembaga Perubatan dan Lembaga Penentuan Sebab (LPS)
  4. Faedah ini terhenti apabila penerima meninggal dunia.

Penambahbaikan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja ATM yang telah dilaksanakan berkuatkuasa pada 1 Januari 2020 melibatkan kenaikan kadar had maksima bagi perkiraan gaji dan elaun dari RM3,000 ke RM4,000 (Rujuk Warta Perbendaharaan 6.3, Pekeliling Perbendaharaan Malaysia).

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jhev.gov.my

  1. Kementerian Pertahanan
  2. Jabatan Hal Ehwal Veteran
Keterangan

Pemberian Ex-Gratia Kematian Sekaligus khusus kepada anggota yang meninggal dalam perkhidmatan berkuatkuasa 1 Januari 2020 (Rujuk Pekeliling Bil. 11 Tahun 2019). Pembayaran Insentif Khas Insurgensi kepada Veteran ATM yang mengalami bencana kerja yang diperkaitkan dengan tugas semasa perkhidmatan pada atau sebelum 31 Disember 2000 (Rujuk Warta Perbendaharaan 6.3, Pekeliling Perbendaharaan Malaysia)

Objektif

Skim ini bertujuan untuk menjaga kebajikan veteran dan orang tanggungan yang mengalami bencana semasa veteran menjalankan tugas rasmi demi mempertahankan keamanan negara. Ini dapat memberi reputasi baik dan meningkatkan kredibiliti kerajaan dalam menjaga kebajikan Veteran Tidak Berpencen setelah menamatkan perkhidmatan.

Tatacara Permohonan
  1. Anggota hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan di RSAT/PPAT atau hospital yang berhampiran
  2. Sekiranya anggota mengalami HU Kekal, satu Lembaga Perubatan perlu diadakan
  3. LPS akan bersidang bagi memperakui peratus HU dan samada kecederaan tersebut diperkaitkan dengan tugas atau tidak
  4. JRP akan memproses kelulusan bayaran dan pembayaran akan dilaksanakan oleh JHEV.
Kembali