Skip to main content
Program Bantuan Makanan Tambahan Susu Tepung Penuh Krim (STPK) untuk Ibu Hamil
  1. Ibu Hamil Inadequate Gestational Weight Gain (iGWG)
  2. STPK Boleh Diberikan Kepada Penerima Lain Daripada Keluarga Kumpulan Miskin Tegar Dan Miskin Yang Mempunyai Masalah Kesihatan Berdasarkan Penilaian Klinikal Pakar Perubatan Keluarga Atau Pegawai Perubatan Bertujuan Untuk Meningkatkan Status Pemakanan Mereka.
  3. Ibu Hamil
  4. Ibu Hamil Kembar
  5. Warga Emas Dengan Kategori BMI<18.5kg/m2
  6. Pemberian Bantuan Kepada Lain-lain Penerima, Perlu Mengambil Kira Peruntukan Kewangan Di Negeri Masing-masing Tanpa Menjejaskan Objektif Program Ini.
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Keluarga daripada kumpulan miskin tegar dan miskin berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini.
  3. Tidak mempunyai masalah pengambilan susu (alahan/enggan dll.)
  4. Bersetuju menerima bantuan STPK dan hadir ke klinik kesihatan mengikut temujanji yang ditetapkan.
  1. Setiap kes akan menerima bantuan Susu Tepung Penuh Krim (STPK) antara 1.5kg hingga 2.0 kg setiap bulan.
  2. Bagi kes ibu hamil iGWG, bantuan akan diberikan sehingga kes bersalin.
  3. Bagi kes lain-lain penerima, bantuan akan diberikan sehingga kes didapati telah mempunyai status pemakanan yang memuaskan berdasarkan penilaian klinikal oleh Pakar Perubatan Keluarga atau Pegawai Perubatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Keterangan

Program pemberian makanan tambahan Susu Tepung Penuh Krim (STPK) telah dimulakan sejak tahun 1970-an sebagai satu langkah untuk meningkatkan status pemakanan dalam kalangan ibu hamil dan kanak-kanak daripada keluarga yang kurang berkemampuan. STPK merupakan salah satu makanan daripada kumpulan susu dan produk tenusu dalam Piramid Makanan Malaysia yang membekalkan pelbagai nutrien seperti protein, lemak, karbohidrat dan kalsium yang penting untuk ibu hamil. Bantuan STPK ini diberikan kepada ibu hamil daripada keluarga kumpulan miskin tegar dan miskin yang mempunyai peningkatan berat badan yang tidak mencukupi mengikut saranan semasa hamil.

Objektif

Objektif Umum
Untuk membantu meningkatkan status pemakanan ibu hamil yang mempunyai masalah peningkatan berat badan dalam kalangan kumpulan sasar.

Objektif Khusus
Meningkatkan berat badan ibu hamil mengikut saranan peningkatan berat badan semasa hamil (Gestational Weight Gain, GWG) bermula daripada kes dikesan sehingga kandungan berusia 36 minggu.

Tatacara Permohonan

Tidak berkaitan.
Semua kes yang dirujuk oleh Pakar Perubatan Keluarga/ Pegawai Perubatan untuk pemberian bantuan STPK dan memenuhi kriteria kelayakan akan didaftarkan ke dalam program ini. 

Kembali