Kor Sukarelawan Simpanan Polis Siswa/Siswi (Kor SUKSIS) merupakan salah satu aktiviti kokurikulum badan beruniform bagi memenuhi syarat untuk menamatkan pengajian di Universiti Awam Malaysia.
Kor SUKSIS mampu memberi pendedahan kepada mahasiswa / mahasiswi tentang tugas-tugas dan peranan polis dalam menjaga keselamatan negara serta melahirkan modal insan berkualiti yang bakal mewarisi pucuk pimpinan dimasa akan datang.
Penubuhan Kor SUKSIS adalah tertakluk kepada undang-undang tubuh sukarelawan polis yang terkandung dalam Akta Polis 1967 (Akta 344) Berkaitan Kuasa-kuasa Penubuhan Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (Bahagian VIII).
Pendapatan
Elaun dan Kemudahan bagi Pelatih Kor Sukarelawan Simpanan Polis Siswa/Siswi (Kor SUKSIS)
- Warganegara Malaysia
- Pelatih Kor SUKSIS
- Mahasiswa Universiti Tahun Pertama Pengajian Ijazah
- Warganegara Malaysia
- Tinggi tidak kurang daripada 1.63m bagi lelaki dan 1.60m bagi wanita
- Berat badan sekurang-kurangnya 47.6kg bagi lelaki dan 46.2kg bagi wanita
- Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81 cm dan 86cm semasa menarik nafas. Calon-calon wanita dikecualikan dari syarat ini
- Mempunyai daya penglihatan V/6/9 bagi kedua-dua belah mata yang diperiksa berasingan tanpa cermin mata dan pengamatan warna serta tidak cacat pendengaran
- Tidak berkacamata (berkacamata boleh dipertimbangkan)
- Kemudahan pakaian seragam PDRM
- Elaun Latihan dan Tugasan - RM8.00 x 1jam
- Elaun Tahunan (Bounty): Saguhati penuh - RM 520.00 (Latihan melebehi 380jam)
- Elaun Tahunan (Bounty): Saguhati tiga suku - RM 390.00 (Latihan 240jam – 379jam)
- Elaun Tahunan (Bounty): Saguhati separuh - RM 260.00 (Latihan 120jam – 239jam)
- Penginapan di Kolej
- Pelantikan sebagai Inspektor Sukarelawan Simpanan Polis semasa pentauliahan
- Peluang kerjaya dalam PDRM
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.rmp.gov.my/orang-awam/sukarelawan-polis-siswa-siswi-(suksis)
- Kementerian Dalam Negeri (KDN)
- Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Keterangan
Objektif
Menjaga kebajikan pelatih Kor SUKSIS dan menggalakkan lebih ramai mahasiswa untuk turut serta dalam penglibatan SUKSIS di universiti.
Kembali