Skip to main content
Elaun Pelajar Pra Perkhidmatan

Pelajar

  1. Calon memiliki sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 (pelbagai bidang) untuk Diploma Pengajaran TVET-i.
  2. Calon lepasan SKM Tahap 3 (Elektronik, Mekatronik, Kimpalan, Pembuatan dan Komputer) untuk Program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Pengajaran TVET-i.
  3. Calon lepasan DKM (Elektronik, Mekatronik, Kimpalan, Pembuatan dan Komputer) untuk Program Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dan Diploma Pengajaran TVET-i.

Tidak Berkenaan

Untuk mengikuti Program di CIAST dan CSC CIAST, sila layari https://www.ciast.gov.my/?p=13538

  1. Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)
  2. CIAST Shah Alam
  3. CIAST Satelite Campus
Keterangan

Elaun pelajar Pra-Perkhidmatan adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada pelajar yang sedang menjalani latihan Pra-Perkhidmatan di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) sebelum memasuki alam pekerjaan. Elaun ini membantu pelajar Pra-Perkhidmatan untuk menampung kos hidup harian mereka semasa menjalani latihan termasuk kos makanan, pengangkutan, penginapan dan sebagainya.

Objektif
  1. Mengurangkan beban kewangan pelajar Pra-Perkhidmatan semasa menjalani latihan
  2. Menggalakkan pelajar untuk mengikuti latihan dengan lebih tumpuan
  3. Membolehkan akses latihan kepada masyarakat berpendapatan rendah
Kembali