Penajaan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program Asasi Universiti Awam. Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar golongan sasaran B40 dan M40.
- Pelajar
- B40
- M40
- Warganegara Malaysia
- Tergolong dalam kumpulan B40 dan M40 pada tahun semasa
- Mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam
- Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya
- Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi
- Pelajar tidak menerima sebarang bentuk tajaan daripada mana-mana agensi Kerajaan atau swasta
Bantuan kewangan sebanyak RM5,120 setahun/sepanjang tempoh pengajian. Pecahan meliputi Elaun Wang Saku (RM3,700 setahun), Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan (RM1,420 setahun) dan Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan atau sebaliknya)
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://biasiswa.mohe.gov.my/biasiswa/index_penajaan.php
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
Program Bantuan Kewangan Asasi di Universiti Awam merupakan program penajaan bertaraf matrikulasi yang diwujudkan di Kementerian Pengajian Tinggi berikutan pemindahan tanggungjawab dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Program bantuan kewangan ini mula ditawarkan bermula sesi pengambilan pelajar 2005/2006.
Semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman sesawang KPT dan mencetak sendiri dokumen tawaran serta diserahkan kepada universiti masing-masing di https://biasiswa.mohe.gov.my/bantuanasasi/index2.php